Berikut adalah senarai Kedai Emas di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Senarai ini diambil dari Google Maps. Jika kedai emas anda tiada dalam senarai, sila submit dalam Google My Business.
Kedai Emas Pasar Siti Khadijah Kota Bharu
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada Pasar Siti Khadijah sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling “tersohor” bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih “tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Selain daripada makanan tradisional, uniknya pasar ini adalah terdapatnya kiosk-kiosk atau kedai emas di sekitar Pasar Siti Khadijah. Antaranya ialah Kedai Emas berikut:
- Kedai Emas KB Gold
- Kedai Emas Okid Jaya
- Kedai Emas Sri Mutiara (Kiosk No 6, Pasar Siti Khadijah)
- Kedai Emas Hana916
- Kedai Emas Cik Siti Kelantan Gold Jewellery
- Kedai Emas Kak Tiey
