Contact Us:

670 Lafayette Ave, Brooklyn,
NY 11216

+1 800 966 4564
+1 800 9667 4558

KOTA BHARU: Penurunan harga emas sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di bandar ini diserbu orang ramai bagi mengambil peluang membeli barang kemas yang kini berada pada harga antara RM223 hingga RM234 per gram.

Tinjauan mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabaikan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.

Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes COVID-19 semakin meningkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

“Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

“Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan kompaun dua kali termasuk semalam.

SisEmas – Sistem Pengurusan & Jualan Emas kepada pengusaha atau pemilik kedai emas.

“Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mangsa.

“Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat.

Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan kompaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga penjarakan fizikal.

“Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kes di Kelantan semakin meningkat.

Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

Sumber : Berita Harian

About Author

1 Comment

  1. By
    23/06/2021

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a comment

Your email address will not be published.